Tuesday, February 20, 2018

FAMILY TRIP JOHOR - 15-17 FEB 2018

Assalamualaikum wbt.

Alhamdullilllahh.. At last setelah sekian lama merancang jadi juga percutian keluarga musim perayaan ini.  Tahun 1990 meninggalkan Johor, spesifik SM Vokasional, Muar, Johor, sekarang dah upgrade kepada Kolej Vokasional. Walaupun tidak berkesempatan untuk sampai ke tapak sekolah kini, cuma sempat pusing-pusing bandar disebabkan urusan keluarga tidak mengapa. In Shaa Allah, mungkin lainkali bernasib baik dapat melihat sekolah yang telah memberi banyak memori dan ilmu selama 2 tahun aku di sana.  

Juga yang tidak dapat aku lupakan adalah berpeluang bertemu beberapa kawan lama dari SMV Muar ini, yang boleh dikatakan hampir 28tahun tidak bertemu. Umpama jejak kasih jugak lar. Thanks to media social terkini akhirnya dapat jugak kami bertemu dan berkongsi cerita kehidupan masing-masing setelah meninggalkan alam persekolahan.  Nanti akan aku buat satu post khas untuk memori ketika aku di sekolah tersebut.

Percutian redah jer kata suami.  Sepanjang perjalanan dari Kajang memang jalan clear. Yang nak ke arah KL ada tempat yang dah mula sesak. Destinasi pertama kami ke JPO tapi dek kerana motif kami ialah jejalan memang jelajalan cuci mata jer lerrr.. atleast sampai jugak ler kami menjejakkan kaki ke JPO.. Mula-mula kami da booking hotel di Danga Bay kerana berangan nak menyusuri scenario malam tepi pantai kononnya, hahaha.  Tapi bila sampai tengahari tengok keadaan kawasan dan hotel suami kata mcm tak happenning.. pulakkkk dahhh.. errmm.. terus buat keputusan drive terus ke desaru.. which memang dari awal dia cakap nak pegi desaru tapi mokcik tak dapat accommodation kat sana iyer lar kebetulan cuti raya cina kan 15 & 16 feb tu.. mana nak ada bilik, yang ado pun hah kt lotus, tunamaya, yang bapak mahal giler tak mampu ler mokcik.. hahaha.. belum mampu sekarang.. In Shaa Allah mana tau satu hari nanti mokcik mampu kan, rezeki mana tau.. :) :)


Takderlah jauh sangat pun, lebih kurang 1jam lebih cikit jer dari JB tu. Alhamdullillah, Dia permudahkan urusan kami, akhirnya dapat juga ler bilik kat hotel bajet Penawar Inn, kami amik 2 bilik superior sebab bilik family dah fully booked. Disebabkan hujung minggu dan cuti perayaan harga bilik dari RM85 jadi RM128, apa nak buat, bayar jer lerrrr.. Itupun setelah pusing-pusing sampai Tanjung Balau bagai, jumpa satu pantai terbuka area hotel mahal tu, nak masuk kena bayar parking RM6 per entry tapi MasyaAllah.. cantik sungguh rupa nyer pantai desaru ni kan.. Teroka punya teroka siap jumpa chalet bagai, tapi of course lar kan sume fullly booked.  So kami patah balik ke town Bandar Penawar utk confirmkan booking hotel Penawar Inn tu dan ready nak gi mandi pantai. Kebetulan da petang time tu pukul 5 lebih so, yang perempuan sume taknak mandi, yang lelaki sume mandi ler.. depa senang kan.

Balik hotel duk pikir nak makan mana, desaru laut kut, of course nak carik seafood kan.. browse facebook terjumpa, Warung lobster melayu tepian pantai, sg. rengit, jauh tu kat Sg. Rengit, Pengarang, dalam 1/2jam jugak ler drive.. tapi nak explore punya pasal suami cakap alang-alang dah sampai redah jer ler.. dah dekat pukul 8malam, jalan masa pergi ada lar kereta selisih dan banyak jugak lar lagi.. tapi masa balik hah amik kooo.. gelap gulita ada larr jumpa 2-3bijik keta.. takut jugak kan macam-macam dalam kepala pikir.  Tetapi seafood & masakan dia memang terbaekkkkk larrr.. mokcik bagi 5bintang.. tak sia-sia kami drive jauh-jauh semata-mata untuk seafood. Dan yang paling penting... MURAH SESANGAT DAN BERBALOI-BALOI.. hah besar tulisan mokcik kooo.. seyes, kitaorang amik lobsters, quite besar jugak lerrr.. pernah tengok kat restorann kat bangi ni kalu saiz tu lebih kurang 130 camtu.. ni dah siap masak baru RM70 kooooo.. amik ketam nipah 2ekor baru RM30.. kerapu sedang dalam RM20.. campur nasi, tomyam, telur dadar and air teh-o ais satu jug.. baru kena RM158.. murah ker murah???  Definitely akan repeat ke sini..



Balik smpi hotel jangan citer ler kan apalagi terus Zzzzz.......
Keesokkannya.. kami brekfes kat kedai sebelah hotel jerr.. memang mabeles lontong dia.. terbaekkkk lagiiii.. hehe.  Terus drive ke JB, ntah apa mimpi tetiba suami ajak pergi zoo, adalah lar mini zoo kt JB nih.. mokcik no hal, follow jerr.. Bole lar zoo Johor, banyak jugak binatang yang ada gajah, harimau, singa, spesis burung-burung, spesis monyet, unta, rusa, lembu, badak, dll. Seronok jugak tengok binatang ni bawak anak-anak walaupun dah besar tapi mereka enjoy.  Hahaha.. yang paling win share kat whatsapp pic pegi zoo.. member dalam grup DapurHangus cakap, diaorang duk Johor pun tak pernah pegi zoo.. amacam terer tak mokcik. :D :D

Nasib baik lerr kitaorang masuk awal pukull 10 da masuk.. ada dalam sejam-dua dalam tu,. tup-tup keluar apalagi matahari dah terpacak dengan bahang yang membara.. sempat beli kacang butir dan air teh-o limau penghilang dahaga dan kudap-kudap.. dan of course time lunch kan.. Destinasi kami diteruskan untuk mencari kedai Coklat Murah JB.. kawasan kilang.. carik jugak kilang Apollo tapi raya cina kan.. mana bukak. Kesilapan teknikal pasti berlaku.. lupa kami ada destinasi lain lagi.. jadi al-kisahnya coklat tu cair lewww dalam keta.. tapi nasib dapat diselamatkan.. Dalam keadaan penat dan lapar terus ke rumah puan suhaili kita di kempas, menyediakan menu asam pedas dan sambal goreng nyer yang mabeles.. kebetulan puan ezza pulak datang bawak siak tingkat bekal laksa johor nyer yang jugak mabeles kaw-kaw habih.. tapi dalam kenyang lepas sepinggan nasi & asam pedas ikan duri tu.. sempat lagi sumbat sepinggan laksa johor owwwhhh my favourite.. sendat my stomach.. terpaksa bukak butang atas seluar.. hahahaha... walau apapun.. tenkiu my frens sudah melayan karenah ku menyinggah di teratak mu.. cheeewah..



Tetiba en. suami cakap, teringin nak tengok stadium JDT.. apalagi nasib baik ler social media membantu.. terus google maps membawa kami dalam 15min sampai.. Alhamdullillah.. Dapat ler berposing di depan stadium yang biru tu..

Perjalanan diteruskan  ke Muar.. Sepatutnya kami bermalam di Muar tapi disebabkan masalah teknikal terpaksa kami pulang terus ke Kajang setelah meronda pusing-pusing bandar Muar.. In Shaa Allah.. Muar akan ku datang lagi untuk menerokaimu pulak.. Adiyyosss..


Sekian perjalanan kami buat kali ini.. And remember, this is not the last time.. will definitely doing this again.. 

Thursday, February 16, 2017

Its a she - Nur Khayla Solehah

Assalammualaikum..wbt..

Mak aiiii.. dah bersawang blog nih.. hehehe.. proses membuang sawang & pembersihan kejap jer.. nak maintain tu yg ber"cintan".. walau apa pun satu yang pasti.. bila da start menulis tu nak remind myself.. gunakan bahasa malaysia yang penuh.. banyak sangat short form nanti bahasa tulisan pun berterabur.. keep that in mind.. mixture bm & bi pun bole.. nak polish balik bi yang dah lama tak digunapakai..

Banyak projek & perancangan dalam kepala tapi kekangan kewangan membuatkan terpaksa hold dulu.. yang pasti perancangan ke Mesir itu.. InShaaAllah..  semoga dipermudahkan.. perancangan bisnes pun kalu bole nak on juga tapi slow & steady bak kata orang..

Nak share dulu.. my precious.. my new baby.. walau bukan baby sendiri tapi da macam anak sendiri.. fill my day with joy & laughter.. so this is Khayla Solehah binti Lokman..



Saturday, February 27, 2016

RELUNG KEHIDUPAN

Copy&Paste:
Peringatan utk diri sendiri juga.. Allahualam..
Waktu sedang "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.
Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.
Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..
Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini,siapakah teman yg memperalat dan memanfaatkan kita.
Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahwa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.
Waktu kita"Miskin"  baru kita insaf  pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit  & saling membantu saudara kita..
Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah  yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid..
Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.
Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:
Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.
Jadilah teman setia tanpa syarat ...
Jangan saling memotong & menggunting sesama teman...
Tunjukkanlah bahwa anda masih mempunyai Hati Nurani yg tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.
Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.
Apa yg ditabur itulah yang akan dituai
Allah swt tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.
Tapi ketahuilah bahwa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat & berkat di setiap cubaan, dan jawaban di setiap doa......
Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana..
hidup ini terlalu indah....
Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..
Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang bahagia mengenal kita

Thursday, February 18, 2016

MY NOXXA

Assalamualaikum..

Alhamdullillah.. percubaan pertama periuk ajaib aka noxxa nih.. Niat yg pertama nk di masak adalah pulut kuning.. hehe.. tp x smpt ber'rendang' bagai.. serunding jer lawan nyer dlu buat msa nih..


Not bad for 1st attempt!!

Pulut Kuning
Bahan-bahan:

1 kilo pulut, dicuci dan direndam 1 jam bersama sekeping asam keping
1 liter air
Kunyit/pewarna kuning
daun pandan

Cara-cara:
1. Masukkan kesemuanya di atas dalam innerpot Noxxa dan HP 6 minit
2. Offkan periuk, release pressure
3. Masukkan 1 cawan santan, gula, garam secukupnya
4. Tutup periuk dan STEAM 2 minit.

Note: Untuk 500 gram pulut, airnya 500ml. Nisbah 1:1


Nk jugak try periuk noxxa.. mmg memudahkn & mempercepatkan masa memasak anda.
bole hubungi saya - 012-9155976 (sms/wapps)